Sejarah Syiah Puja Husain
Kenapa Syiah mengagungkan Husain bin Ali bin Abi Talib hingga ke tahap menyembahnya, tetapi tidak kepada anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib yang lain?
Sedangkan anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib ialah:
i) al-Hasan bin Ali bin Abi Talib
ii) al-Husain bin Ali bin Abi Talib
iii) al-Muhsin bin Ali bin Abi Talib
iv) al-Abbas bin Ali bin Abi Talib
v) Hilal bin Ali bin Abi Talib
vi) Abdullah bin Ali bin Abi Talib
vii) Jaafar bin Ali bin Abi Talib
viii) Uthman bin Ali bin Abi Talib
ix) Ubaidullah bin Ali bin Abi Talib
x) Abu Bakar bin Ali bin Abi Talib
xi) Umar bin Ali bin Abi Talib
Adakah sesiapa yang tahu bahawa kesemua Imam 12 di sisi Syiah Rafidhah ini adalah dari keturunan Husain sahaja, bukan dari keturunan Hasan?
_________
Husain telah mengahwini anak perempuan kepada Kisra Parsi, iaitu Yazdujird (Yazdegerd III) bernama Syahiznah (Syaharbanu) selepas keruntuhan kerajaan Parsi. Syaharbanu ini telah dihadiahkan oleh Umar bin al-Khattab kepada Husain bin Ali dan dari sebab itulah kaum Syiah mengagungkan Husain dan para imam dari keturunan Parsi sahaja, bukan sebagaimana yang mereka dakwa mencintai ahli Bait Nabi s.a.w.
Kaum Syiah hanya mencintai ahli Bait Kisra Parsi yang merupakan datuk kepada 12 imam tersebut dan bukannya datuk Husain bin Ali, iaitu Rasulullah s.a.w.
Imam Ibn Katsir menyatakan dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah mengenai peristiwa tahun 61Hijrah: "Berkata Ibn Khalikan:
"(Syahrabanu) Umm Salamah binti Yazdujird merupakan (dari keturunan) kisra Parsi yang terakhir. al-Zamakhsyari pula menceritakan dalam Rabi' al-Abrar bahawa Yazdujird ini memiliki 3 orang puteri yang ditawan pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, salah seorangnya dikahwini oleh Abdullah bin Umar dan melahirkan Salim, seorang lagi dikahwini oleh Muhammad bin Abu Bakar dan melahirkan al-Qasim dan yang terakhir dikahwini oleh Husain bin Ali dan ia melahirkan Ali Zainal Abidin..."
Menurut al-Mas'udi pula, Yazdujird mempunyai dua orang putera dan tiga orang puteri yang bernama Adrag, Shahar Banu dan Mardawand.
Syiah kesemuanya beranggapan bahawa para imam 12 mereka itu perlu diagungkan hingga ke tahap maksum dan suci daripada sebarang dosa disebabkan mereka datang dari keturunan yang berdarah Kisra Parsi.
Jika ada sesiapa yang beranggapan bahawa Syiah itu muslim, soalnya apakah yang mereka sumbangkan untuk Islam? Jawapannya, ialah KESESATAN!

Jika ada situs yang terbaik kenapa pilih yang lain? mari bergabung bersama kami di intanqq ^^
ReplyDelete7 game dalam 1 ID
Game yang di sediakan oleh intanqq:
* Sakong (New Game)
* Bandar Poker (New Game)
* BandarQ (Hot Game)
* Poker
* Domino
* Capsa Online
* AduQ
Kelebihan:
* Minimal Depo dan WD Rp 15.000
* Proses dana cepat
* Bonus cashback harian 0,3%
* Bonus extra cashback
* Bonus referal 10% + 10%
* No robot
Kami tunggu kehadirannya ^^
Pin BBM: 2AD20246