Posts

Showing posts with the label Persamaan jalan cerita (plot) yang terdapat dalam kedua-dua karya itu dikira sebagai kebetulan saja... isu umum!

Saman BOHSIA: Nilai RM100k!

Image
Cerita di Mahkamah Tinggi, KL pada hari ini (16 Februari, 2016)... apabila mahkamah TIDAK mempertimbangkan segala persamaan plot (jalan cerita) yang ditimbulkan dalam novel, tetapi terdapat dalam filem. Ia dikira sebagai isu umum dalam masyarakat... common problem! Dan tidak tertakluk di bawah perlindungan hakcipta! Isu umum itu sepatutnya dari segi tema. Masalahnya, banyak pihak yang tidak tahu apa itu tema, plot ataupun mesej di dalam sesebuah karya sastera?   Sedangkan plot (jalan cerita) novel adalah rekacipta dan imaginasi individu yang dimiliki sebagai haknya dalam senario yang dikatakan isu umum tersebut;  -  Punca anak gadis itu menjadi bohsia selepas dirogol ayahnya - ada dalam novel (1995) dan si ayah merogol anaknya berkali-kali ada dalam filem (2009). Adakah kejadian si ayah merogol anak itu dikira sebagai isu umum?; -  Si ibu didapati bermain kayu tiga - dalam novel, si anak ternampak ibunya keluar dari hotel bersama lelaki lain. Dalam filem, si anak men...