Posts

Showing posts from February, 2017

5 Tanda Solat yang diterima Allah swt

Image
Sudah sering kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama.Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh ALLAH di hari kiamat. Jika solat kita baik, maka baiklah amal perbuatan lainnya.Namun jika solat kita jelek,maka buruklah segala perbuatan yang kita jalani. Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir, apakah solat kita diterima di sisi-Nya? Dan seperti apa tanda-tanda orang yang diterima solatnya. Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima. Pertama Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran ALLAH. Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT. Orang yang merendahkan diri akan mampu berasa khusyuk dalam hatinya. Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa dia saat itu sedang menghadap? Oleh kerana itu, sebelum solat apa yang harus diperbetulkan terlebih dahulu adalah hati. Hati itu seperti pohon. Apabila dahannya...