Oleh: Dr Khalif Muammar Teguran Ikhlas Untuk Dr Fathul Bari Telah beredar di media sosial rakaman video saudara yang mengatakan bahawa Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terutama sekal i asha'irah yang menegaskan bahawa Allah wujud tidak bertempat adalah berasal daripada ajaran Syi'ah dan tidak ada sandarannya di dalam Islam. Pertama sekali tindakan mempersoalkan perkara yang menjadi sebahagian aqidah umat Islam di alam Melayu, dan telah pun selesai perbincangan mengenainya adalah tindakan yang tidak akan menatijahkan kebaikan, justeru ia akan semakin memperparahkan perpecahan umat Islam yang telah pun berpecah-belah kerana perbezaan aliran pemikiran, politik, mazhab dan pendekatan. Daripada mempersoalkan perkara seperti ini lebih baik saudara dan kawan-kawan sealiran memberi tumpuan kepada masalah yang lebih besar dan mustahak ditangani seperti gejala kecelaruan pemikiran dan identiti, hilang keyakinan pada agama, dan keruntuhan moral di kalangan anak muda. Per...