Posts

Showing posts from June, 2016

Konspirasi: x-Wife Najib!

Image
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu Artikel ini dipetik dari Blog Ammar. Ikuti kisah yang diceritakan tentang bekas isteri PM Najib Razak ini. Segala yang baik dan buruk kita jadikan pedoman. Jika ada fakta yang ingin diperbetulkan, boleh PM kami di Facebook atau di ruang komen.  Anda pasti hairan apabila ada orang berkata Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri kedua Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ya! Itu betul, tetapi Dato Seri Najib tidaklah berkahwin dua, tetapi sebaliknya pernah bercerai dengan Puteri Zainah (isteri pertamanya) sebelum berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor. Inilah Kisah Sedih Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato� Seri Najib Razak Semua orang tahu Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai FLOM ialah isteri kedua Dato Seri Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, isteri pertama Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah bi...

Konflik Kaum Uyghur, China

Image
Mohamad Zullfaqar KONFLIK BANGSA UYGHUR Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina. Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikat...

Mewahnya Jet yang disewa Rosmah

Image
Anggaran Kos Menyewa Jet Peribadi ACJ319 A6-CJE Sebanyak RM86 Juta Untuk Dua Bulan June 9, 2016   Rafizi Ramli Saya ambil maklum jawapan Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor semalam yang mengesahkan perkara-perkara berikut: 1. Datin Seri Rosmah Mansor memang menggunakan jet peribadi yang disewa khas itu bagi tujuan ke Istanbul untuk menerima satu anugerah bagi pihak PERMATA 2. Kos menyewa jet peribadi tersebut ditanggung oleh wang rakyat kerana tempahan dibuat oleh Kerajaan Malaysia 3. Kerajaan Malaysia menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh 2 bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara. Untuk menilai kewajaran Kerajaan Malaysia berbelanja menyewa jet peribadi ini, saya sertakan gambar-gambar di dalam pesawat (gambar sebenar ACJ319 A6-CJE) di dalam Lampiran agar rakyat boleh melihat sendiri betapa mewahnya gaya kehidupan pembesar-pembesar negara yang ditanggung oleh rakyat. Semakan saya dengan syarikat-syarikat yang...

Tentera Merah Jepun di KL, 1975!

Image
Japanese Red Army Wira yang tidak didendang. Kisah wira Melayu dan pengganas Red bean army, eh silap...Japanese red army yg tahan 53 tebusan di KL. Siapa heronya? Haruslah Melayu. Bangsa paling byk nyawa terkorban dlm mempertahankan kedaulatan tanah air.   Oleh:  Abdul Muati Ahmad added 3 new photos . TERORIS MENYERANG MALAYSIA (Coretan pagi Rabu 1.6.16) Malaysia kita ini pernah kena serang oleh teroris. Bukan IS, ISIS, Al-Qaeda, ETA, Tupac Amaru, B oka Haram atau Tamil Eelam tapi JRA. JRA atau Japanese Red Army. Tentera Merah Jepun yang berfahaman komunis. Peristiwa berlaku pada 5 Ogos 1975. Saya masih dlm tingkatan 1 di Sek Men Darulaman pada waktu itu. 5 orang teroris ini telah menahan 53 orang petugas di AIA building Jalan Ampang KL. Turut ditahan ialah konsul kedutaan Amerika dan Sweden yang berpejabat di bangunan tersebut. Mereka menuntut supaya 5 rakan teroris mereka yang dipenjarakan di Jepun dibebaskan dan dihantar ke KL untuk menyertai mereka mencari per...