Dari Mana Mulanya Fitnah 'UG'?
Apakah Pemula Fitnah UG? Inilah bapak munafik UG M'sia. Pada satu klimaks serangan DAP terhadap PAS, isu UG-lah dibangkitkan oleh Lim Guan Eng. Bila Lim Guan Eng bercakap tentang PAS nak ber-UG dengan UMNO, semua kenyataan disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina. Masyarakat Cina percaya benar bahawa TGHH hendak bawa PAS ber-UG dengan UMNO. Dari manakah mulanya Lim Guan Eng dibekalkan peluru fitnah ini? Sebelum DAP berkonfrontasi dengan PAS atas isu UG, PASMA terlebih dahulu menyebarkan fitnah dalam ceramah dan media mereka tentang isu ini. Sila rujuk kenyataan PASMA sebelum ini. Sebelum PASMA melalui Presidennya Pahrolrazi menjaja fitnah ini, blogger dan penulis Mohd Sayuti Omar, Aduka Taruna dan Tulang Besi dan cybertrooper anti-ulama PAS telah memainkan isu ini. Bencinya mereka terhadap TGHH hingga ada operasi dinamakan Langgar Hadi. Untuk memusnahkan karektor TGHH, UG-lah diangkat sebagai modal. UG yang telah diputarbelitkan daripada maksud asal. Sesiapa yang ingin tah...