Posts

Showing posts from December, 2015

Fadhilat Surah Yaasin 7 Mubin

Image
Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1). Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2). Menundukkan sihir dan santau. 3). Memanggil anak-anak yang lari dari rum ah. 4). Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia. 5). Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum). Kaedahnya adalah anda perlu melakukan: 1). Bangun pada waktu tengah malam (3 pagi), sucikan diri dan berwuduk. 2). Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 3). Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir. 4). Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan �Mubin� (????) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa �minta Dikeluarkan sihir/santau. 5). Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan �Mubin� (????) kedua, berdoa macam tadi. 6). Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan �Mubin� (????) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi �mi...

Uwais al-Qorni

Image
Oleh: Syarifah Fauziah and SheeMa Naomi . Di Yaman, tinggal seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya belang-belang. Walaupun cacat, dia seorang pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepadanya ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan ibunya. Hanya satu permintaan yang sulit dikabulkannya. "Anakku, mungkin ibu tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar ibu dapat mengerjakan haji," pinta ibunya. Uwais termenung, memandangkan perjalanan ke Mekah sangatlah jauh melesati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya pergi menggunakan unta dan membawa banyak bekalan. Namun Uwais tersangat miskin dan tidak memiliki kenderaan. Uwais terus berfikir mencari jalan keluar. Kemudian, dibelinyalah seeokar anak lembu. Agak-agak kita untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkin untuk pergi haji naik lembu. Ya memang ternyata Uwais membuatkan kandangnya di puncak bu...

Sukar Bangun Tahajjud

Image
Oleh: Amira Alghalia Ibrahim bin Adham pernah didatangi oleh seseorang untuk meminta nasehat agar dia bisa mengerjakan solat malam (# tahajud). Ibrahim bin Adham kemudian berkata kepadanya, �Janganlah engkau bermaksiat kepada Allah Azza Wajala di siang hari, niscaya Allah akan membangunkanmu untuk bermunajat di hadapan-Nya pada malam hari. Sebab munajatmu di hadapan-Nya di malam hari merupakan kemuliaan yang paling besar, sedangkan orang yang bermaksiat tidak berhak mendapatkan kemuliaan itu." Sementara Fudhail bin Iyadh berkata, �Jika engkau tidak mampu menunaikan solat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa engkau sebenarnya sedang dalam keadaan terhalang, dek kerana dosa-dosamu yang begitu banyak." Seseorang datang kepada Imam Ghazali r.a untuk menanyakan kepada beliau mengenai sesuatu yang menyebabkannya tidak bisa bangun malam untuk mengerjakan solat. Beliau menjawab, �Dosa-dosamu telah membelenggumu." Al-Hasan berkata, �Tidaklah seseo...

Sejarah Maulud Nabi saw

Image
Oleh: Saldin with Pranglima Salahuddin Al Ayubbi, Maulid Nabi, dan Bangkitnya Semangat Kaum Muslilmin   Salahuddin Al Ayubbi adalah seorang pejuang Islam terbesar dalam Perang Salib. Bahkan orang-orang Eropah pun mengakui kehebatannya. Saladin ( sebutan Salahuddin di Eropah ) sangat ditakuti dan terkenal di telinga orang Eropah. Salahuddin lebih dikenal dalam sejarah dunia kerana tekadnya yang luar biasa kuat untuk menaklukkan kota suci Al- Quds, Palestin. Beliau juga dikenal sebagai seorang sultan yang cinta damai dan penuh toleransi. Sedangkan masyarakat Eropah merasakan kegoncangan ekonomi yang luar biasa di saat melawan Salahuddin al Ayubbi. Saat itu di seluruh daratan Eropah mengumumkan kebijakan pemungutan pajak/biaya perang yang cukup tinggi untuk melawan Salahuddin. Orang-orang Eropah menyebut peristiwa ini sebagai Saladin Thite. Saat Salahuddin menjadi Sultan, keadaan umat Islam dalam suasana yang mengganaskan secara rukhyah. Penyakit Wahn (cinta dunia dan ta...

Mesjid Babri, India Dirempuh dan Diruntuhkan

Image
Pada hari ini di tahun 1992, Mesjid Babri yang terletak di Ayodhya, India telah dirobohkan oleh puak pelampau Hindu yang di dokong oleh parti - parti politik nasionalis Hindu seperti Bharatiya Janata Party (BJP). Mesjid Babri adalah di antara mesjid tertua di benua India dan ia dibina oleh Babur, iaitu Maharaja Moghul yang pertama di tahun 1527.  Puak pelampau Hindu menggunakan alasan bahawa tapak Mesjid Babri adalah bekas kuil Hindu yang dimusnahkan oleh Maharaja Babur dan oleh sebab itu tapak tersebut adalah milik penganut Hindu. Sebab utama BJP memainkan isu ini adalah bagi mendapatkan sokongan penganut Hindu dalam kerjaya politik mereka. Permainan politik kotor mereka ini berhasil apabila mereka berjaya menjadi parti pemerintah India selama 6 tahun apabila memenangi pilihan raya umum India pada tahun 1998. Kesan daripada pemusnahan Mesjid Babri adalah rusuhan agama yang berlaku di kebanyakan bandar - bandar besar di India seperti Mumbai di mana di anggarkan sehingga...

Jahil Getah Skrap PKR!

Image
Oleh: Anak-Anak Pasir Puteh Ni lagi seorang... sembang kemain hebat lagi.... Agama sendiri pun tak tahu, tapi sibuk nak pertikai... main hentam kromo jer. Betullah apa yang Sultan Brunei buat tu... 'ORANG ISLAM DILARANG SAMBUT PERAYAAN AGAMA LAIN'. Kalau jahil bab agama baik kamu diam, jangan dipamer sangat kejahilan tu... maka jadilah jahil getah skrap; ada masa orang ambil, tetapi selalunya dibuang saja. Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu mampu menjejaskan akidah penganutnya. Sama seperti apa yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3aspek; 1). Mengikut buku istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris � Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krisma...

Syiah itu KAFIR!

Image
Oleh: Anti-Syiah Nusantara   Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah 1). Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi (????????) "Penipu, pembangkang atau penentang Ali bi n Abi Talib" kerana mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah. Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi: "Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat". [Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri]. Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan: "Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah" . [Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147]. 2). Syiah menganggap seluruh Ahli Sunn...

'Nur Muhammad' - Keterangan Ulama Ahli-Sunnah

Image
Oleh: Muhammad Uthman El-Muhammady Nur Muhammad awal makhluk Allah - keterangan ulama mu'tabarah Tulisan ini insha� Allah akan membicarakan tentang konsep �Nur Muhammad� sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-�Abidin al-Fatani, antara lainnya semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada �Madarij al-Su�ud� dalam Bahasa Arab karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu�Llahu Ta�ala. Pengamatan akan diberi berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-Jama�ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith �ad-din an-nasihah� dalam hubungan dengan �a�immatul-Muslimin�, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam men...